Followers, Terima Kasih :)

Monday, January 23, 2012

Masakan Melayu : Sambal Tumis Sotong



Sambal Tumis Sotong


Bahan-bahan:

500 gm sotong putih --> dipotong bulat2
sedikit asam jawa--> bancuh dlm 1/2 cwn air
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
4-6 sudu cili boh --> klu mahu pedas letak lebih
1 sudu kicap

Bahan tumis:
1/2 biji bwg besar --> dihiris
5 ulas bawang putih* --> cik nisa suka nak letak bwg putih lebih
5 biji bwg kecil*
1 biji buah keras*
sejemput udang kering*


* kisar bahan2 ini.


Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak yang cukup untuk menumis (anggaran dlm 4 -6 sudu besar). setelah minyak panas, gorengkan bwg besar yg telah dihiris sehingga layu, kemudian masukkan bahan yang dikisar. tumis sehingga pecah minyak.
  2. kemudian masukkan gula melaka, sedikit garam, sos tiram. tumis hingga sebati. kemudian masukkan lada boh. tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
  3. masukan air asam jawa dan sos cili dan gaul sebati. masak sehingga pecah minyak.
  4. masukkan sotong dan gaulkan. sekiranya terlalu pekat tambahkan dlm 1/2 cwn air.
  5. akhir sekali tambakan sedikit gula pasir dan garam sekiranya perlu. masak hingga betul2 pecah minyak dan hidangkan. jgn terlalu lama nnti sotong over cooked dan liat.


Selamat mencuba! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...